Dapatkan Gigi Yang Sihat Dan Senyuman Menawan 

Servis yang terbaik dan selesa dari segi rawatan dan layanan

Doktor yang berpengalaman lebih dari 20 tahun

Sentiasa menambah baik klinik dengan teknologi canggih dan terkini

Selamat Datang Ke Klinik Pergigian Nurul Akmar

Klinik Pergigian kami terletak di Wangsa Maju. Kami menawarkan rawatan pergigian seperti pembedahan pergigian, veneers, rawatan laser, air flow scaling, crown dan bridges, implants, braces, pemutihan gigi dan banyak lagi.

Perkhidmatan Kami

Scaling

 Tanam Gigi

Gigi Berlubang

Karang Gigi

Pemutihan Gigi

Braces

Scaling

 Tanam Gigi

Gigi Berlubang

Karang Gigi

Pemutihan Gigi

Braces

Rawatan yang Disediakan

Scaling

Scaling gigi adalah pembersihan karang gigi oleh doktor gigi. Karang gigi boleh menjadi salah satu penyebab bau mulut. Sebab itu, scaling gigi wajib dilakukan, terutamanya untuk menjaga kesihatan gigi dan mulut secara menyeluruh.

Memutihkan Gigi

Memutihkan gigi adalah salah satu cara untuk mencerahkan warna asal gigi. Rawatan ini sangat berkesan untuk gigi yang berwarna kuning dan gigi yang mempunyai perubahan warna dalaman. Kalau anda mempunyai gusi yang sihat dan tiada gigi tampalan amatlah sesuai untuk membuat pemutihan gigi.

Gigi Berlubang

Gigi berlubang adalah kondisi di mana gigi mengalami kerosakan yang menghakis bahagian luar dan dalam gigi. Gigi berlubang boleh dirawat dengan rawatan tampalan untuk menutup gigi yang berlubang.

Sakit Gigi

Bagi sakit gigi, doctor harus memeriksa apakah punca dan penyebab bagi sakit gigi tersebut. Sakit gigi kebiasaannya berpunca daripada kerosakan (carries) gigi. Selain daripada kerosakan gigi, sakit gigi juga boleh disebabkan oleh penyakit gusi, gigi sensitif, gigi retak serta sakit sendi rahang.

Braces

Pemakaian braces atau pendakap gigi di klinik ini terdapat dua jenis iaitu Metal Bracket Braces atau Ceramic Bracket Braces. Anda boleh berjumpa dengan doctor terlebih dahulu untuk consultation tentang pemakaian braces dan mengambil 2 jenis x-ray utk bahagian depan dan bahagian sisi keseluruhan gigi bagi rujukan doctor pakar. Selepas itu, anda boleh datang semula selepas temujanji kedua dibuat oleh doctor pakar untuk proses pemakaian braces tersebut. 

Karang Gigi

Karang gigi juga dikenali sebagai sisa sisa makanan yang melekat pada permukaan gigi akibat tidak dibersihkan dengan baik. Karang gigi boleh dirawat dengan rawatan pencucian gigi secara berkala atau lebih dikenali sebagai ‘scaling and polishing’.

Gigi Palsu

Pemakai memerlukan gigi palsu bagi menggantikan gigi yang hilang serta memudahkan pemakai mengunyah makanan dan bercakap dengan lebih jelas. Gigi palsu boleh membantu mengembalikan semula senyuman dan membantu meningkatkan keyakinan diri.

Tanam Gigi / Implant

Bagi mereka yang inginkan gigi palsu jenis kekal untuk menggantikan gigi mereka yang telah dicabut, mereka boleh mendapatkan rawatan ‘Implant‘ atau tanam gigi. Proses ini akan melibatkan penanaman skru ke dalam gusi pesakit dan seterusnya pemasangan sarung gigi dilakukan di atas skru tersebut.

Kenali Doktor Gigi Kami

DR NURUL AKMAR BINTI MOHD RADZI

  • Graduated from University Malaya (UM)
  • Degree in BDS (Bachelor Dental Surgery)

DR AISYAH BINTI ATAREK KAMIL

  • Graduated from University Al Azhar, Mesir
  • Degree in BDS (Bachelor Dental Surgery)

DR SITI NURZIERA WARDA BINTI MOHD NORDZIE

  • Graduated from University Al Azhar, Mesir
  • Degree in BDS (Bachelor Dental Surgery)

DR NUR SYUHADAA BINTI AMIR HAMZAH

  • Graduated from University Malaya (UM)
  • Degree in BDS (Bachelor Dental Surgery)

Penjagaan Gigi Untuk Ahli Keluarga dan Kawan-Kawan

N

Jagaan Gigi Dewasa

N

Jagaan Gigi Kanak-Kanak

Testimoni Pelanggan Kami

 

Info Klinik

Alamat

86 (Ground Floor), Jalan Wangsa Delima 6,
Pusat Bandar Wangsa Maju (KLSC), 53300
Kuala Lumpur, Malaysia

013-270 4068 / 03-4131 1966
Waktu Operasi

Isnin : 9am – 9pm
Selasa : 9am – 9pm
Rabu : 9am – 9pm
Khamis : 9am – 9pm
Jumaat : 9am – 9pm
Sabtu : 9am – 9pm
Ahad : 9am – 6pm

info.dnadental@gmail.com

Tempah Temujanji

Temui kami untuk mendapatkan rundingcara berkaitan rawatan whitening, braces, veneers, gigi palsu, implan dan sebagainya.

Penting untuk mendapatkan nasihat yang tepat dari doktor gigi kami yang terlatih berdasarkan masalah gigi anda semasa pemeriksaan.

Call Now